KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia) semalam tampil membuat kenyataan menafikan badan itu terbabit dalam perhimpunan dan perarakan yang diadakan baru-baru ini.Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pewaris Malaysia, Kamarul Irzuan Busu Piah, berkata pertubuhan itu tidak pernah menganjurkan program berkenaan seperti mana dilaporkan media pada 24 November lalu sebaliknya dianjurkan sebuah badan lain yang menggunakan nama pertubuhan itu.Katanya, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya pembabitan pertubuhan itu berhubung laporan ‘Pewaris anjur jelajah pertahan hak Bumiputera’ dan menerima banyak panggilan telefon serta SMS dari seluruh negara bertanyakan perkara berkenaan.“Saya ingin menjelaskan kepada umum bahawa Pewaris Malaysia sedang melalui proses pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan tidak pernah memohon atau mendapat kelulusan sementara untuk mengadakan serta menyertai program berkenaan atas namanya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, bakal ahli atau individu yang ingin menyertai program berkenaan pada masa akan datang di atas nama Pewaris Malaysia diingatkan tidak berbuat demikian melainkan mendapat kelulusan ROS
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan