Kenyataan Akhbar


PEWARIS MALAYSIA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihi,

Sabda Rasulullah; 'Taatilah Pemimpin Kamu (Khalifah) selagi dia menegakkan Solat'


Kami, ahli-ahli Pewaris Malaysia, sebagai salah sebuah NGO Melayu Islam di negara ini amat kesal sekali dengan perkembangan pergolakan politik di Negeri Perak, yang bagi kami, sudah sampai ke tahap yang melampau dan mampu untuk menggugat keamanan dan keharmonian kaum di dalam negara ini.


Lebih dikesalkan, apabila ada di kalangan ahli politik Melayu yang sanggup menjadi penderhaka dan tidak teragak-agak untuk menolak titah Sultan sebagai seorang Khalifah, dalam usaha untuk mempertahankan kuasa politik demi kepentingan peribadi sehingga tergamak menjerumuskan rakyat di negeri Perak dalam satu konflik dan ketidakstabilan politik yang dilihat di luar batas peradaban bangsa dan agama.


Perlu diingatkan, bahawa dalam konteks undang-undang di Malaysia, kedudukan Sultan bukan sekadar sebagai pemerintah tetapi ia adalah lambang kepada institusi Raja-Raja Melayu yang juga menjadi simbol Agama Islam dan tunggak kepada Ketuanan Agama dan Bangsa Melayu, dan negara.


Lantaran itu, sikap derhaka yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin dan ahli politik Melayu terhadap Sultan Perak amat-amat tidak boleh diterima oleh undang-undang, perlembagaan, dan menyalahi dari sudut hukum agama.


Jika dilihat daripada sudut Islam, ketaatan kepada sultan atau pemimpin adalah wajib selagi pemimpin tersebut tidak menyeru kepada perkara-perkara kejahatan dan sebagainya, dan tidak pula menghalang rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat, bertepatan seperti mana yang tersebut pada hadis di atas.


Maka oleh itu, Pewaris Malaysia sekali lagi mengingatkan sesetengah pihak dari rakyat Perak dan Malaysia agar lebih berhati-hati dalam menjaga peradaban bangsa dan negara. Bertindaklah dengan waras dan dengan budi pekerti yang mulia.


Dalam pada itu, Pewaris Malaysia juga mengutuk keras tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak mempunyai rasa hormat terhadap Sultan dengan cuba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda, seseolah-olah beliau bagaikan 'commonner' atau rakyat biasa. Karpal perlu ingat, tindakan beliau cuba mengheret Sultan melalui proses undang-undang ini amat-amat mengguris hati bangsa Melayu di negara ini.


Memandang sikap penderhakaan Karpal yang begitu melampau dan bersikap perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum, maka kami ahli-ahli Pewaris Malaysia mendesak agar kerajaan tidak teragak-agak untuk memecat kerakyatan Karpal supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain dan juga membuang virus yang boleh mencegah kepada kemudaratan dan pertelingkahan kaum sebelum terlambat.


Disamping itu, kami juga meminta kerajaan agar bertindak lebih tegas terhadap mana-mana blog yang kini diwujudkan semata-mata untuk mengutuk dan menghina Sultan Perak ekoran daripada peristiwa ini kerana sekiranya dibiarkan perkara ini berleluasa, ia akan mengundang keadaan yang lebih parah pada masa yang akan datang.


Kamarul Irzuan Bin Busu Piah

Setiausaha Agung Penaja Pewaris Malaysia

4 comments:

StanNero berkata... / 3 Mac 2009 pada 3:51 PTG  

Salam,

macam mana cara untuk saya register jadi ahli pewaris ?

Irzuan berkata... / 4 Mac 2009 pada 6:48 PG  

salam,
sila hubungi 0122556830

sisi_gelap berkata... / 12 Jun 2009 pada 9:50 PG  

DENGAN INI BETA ISTIHARKAN PEWARIS ADALAH KOMPONEN BN YANG KE-15 DAN BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA ISLAM.

PIRAHH!!! UNIT JIHAD KONON...MELAYU SAMA MELAYU HANGPA BERANI LA BISING2...DENGAN BANGSA LAIN TELOQ PUN HILANG...MANA HANPA MASA ISU PULAU BATU PUTIH NGAN TINTUTAN ARTIKEL 11 TUE. MANA HANGPA SELAMA NIE TENGOK NASIB ANAK BANGSA MELAYU PULAU PINANG YANG DILACURKAN??

MANA HANGPA BILA BAHASA MELAYU DIHAPUSKAN UNTUK PENGAJARAN MATH NGAN SAINS??
MANA HANGPA MASA BAHASA JAWI DIHAPUSKAN???
MANA SUARA HANGPA MASA TUNTUTAN AGAMA LAIN TENTANG ISU PENJAGAAN ANAK???

PEWARIS PEROSAK BANGSA..

DPR berkata... / 5 Julai 2009 pada 10:58 PG  

jangan tanya apa sumbangan negara pada kita,tanya balik apa sumbangan kita pada negara..(ALIF,BA,TA)

Catat Ulasan