Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (asy-Syu'ara: 215 )
Seorang pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang menjalankan tugas kepimpinannya berdasarkan nilai-nilai yang ditetapkan oleh syarak bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Seorang pemimpin dilarang berlaku zalim kepada rakyat bawahannya bahkan hendaklah sentiasa merendah diri dan melayan mereka dengan baik dan berlemah lembut.
Pemimpin yang zalim dan mengamalkan sikap kuku besi hanya akan menambah kebencian di kalangan rakyat jelata.
Apabila pemimpin merendah diri, mereka pasti dapat menawan hati para pengikut dan orang bawahannya. Dengan ini, tugas menyeru mereka ke arah kebaikan dan usaha-usaha bagi mengukuhkan keimanan menjadi semakin mudah.
Bagi orang-orang bukan Islam pula, mereka mudah tertarik dengan ciri kepimpinan yang ditonjolkan itu dan akhirnya mudah untuk patuh kepada arahan pemimpin mereka.
Dengan ini tali persaudaraan dan hubungan kemasyarakatan semakin kukuh. Seterusnya mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur.
Kesimpulan
Sifat merendah diri adalah amalan mulia dan patut diamalkan walaupun oleh mereka yang bergelar pemimpin.
Pemimpin yang baik hendaklah sentiasa merendah diri kepada rakyat bawahannya bukan bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri. Dengan ini mereka akan disegani oleh rakyat kerana tertarik dengan penampilan pemimpin seperti ini.
5 comments:
asalam..sy nk tnye,camner nk join PEWARIS.sy tertarik dgn perjuangan PEWARIS.untuk pngetahuan ayah paq,sy blom bai'ah dgn mne2 smpang atau majlis.
salam, bagi yang bertanya dan terima kasih atas minat dan sokongan saudara, moga kehadiran saudara dapat menambah kebaikkan kepada PEWARIS. PEWARIS adalah milik semua, sila email kepada saya untuk maklumat lanjut ki_my@hotmail.com insyallah saya rujukkan kepada yang lebih layak.
Salam, saya dah cuba nak letakkan blog ini dalam blog saya tapi tidak berjaya. Tolong letakkan blog ini dalam kotak pengikut saya ya untuk saya buat panduan......Terima kasih atas kesudian.
kah kah satu ja? Merekrut adik-adik baru kat sini rupanya. kah kah. Simpang tiga mana nih? Nih simpang tiga tikam batu nak tanya, ilmu Ketuanan Melayau dah power ka?
kah kah
Salam, anonymous..moga dilindungi Allah sentiasa. Saya percaya saudara adalah para peminpin yang dihormati. Moga Allah meneguhkan hatimu dan menetapkan lidahmu (doa Rasulullah kepada Saidina Ali Karamullahuawajhah, semasa Rasulullah mahu menghantar beliau ke Yaman untuk menjadi Kadi dan peminpin di sana).
Tidak ada niat untuk 'merekrut' sesiapa di dalam blog ini. Kerana minat dan niat seseorang hanya kerja Allah, bukan kerja kami. sedang Rasulullah sendiri tidak mampu menarik minat seluruh umat manusia ke dalam Islam, dan ditenangkan oleh Allah yang berfirman bahawa hati dan taufiq manusia itu urusan Allah, dan baginda hanylah sebagai penyampai.
Blog ini dibuat semata hanya sebagai medium penyampai matlumat Pewaris Malaysia...tidak lebih dari itu. dan kami amat berterima kasih ke atas kesudian saudara melawat blog ini.
terima kasih juga kerana menghulur tangan persaudaraan dengan memperkenalkan diri saudara..bagaimana keadaan saudara-saudara kita di sana, moga sihat dan dilindungi Allah selalu.
kami di putrajaya, alhamdulillah semuanya sihat sejahtera dan bersyukur dengan limpah kurnia Allah Azza Wajalla.
Catat Ulasan